Saturday, 5 September 2015

BAGAIMANA NAK GUNA MYKAD UNTUK BERBELANJA?




" Encik, camne cara nak guna Mykad untuk berbelanja?"
" Tak perlu bawa cash dah ke?"

Itu antara soalan yang saya sering terima dari pengguna yang telah mengaktifkan MyKad mereka. Rata-rata tak tahu cara nak guna.

Sebenarnya, cara nak guna program MyKad Smart Shopper ni sangat mudah. Caranya seperti menggunakan kad BonusLink atau Kad Mesra Petronas jer. Cuma, dalam program penjimatan ni ia digantikan dengan MyKad. Itu sahaja...

Tapi, apa yang menariknya dengan program ni pengguna akan menikmati diskaun rebat dan mata ganjaran yang boleh ditebus dengan hadiah. Tak seperti kad keahlian yang lain yang hanya menawarkan mata ganjaran sahaja. Dengan MyKad Smart Shopper Programme, pengguna dapat menikmati kedua-duanya sekali!

Cuma, saya nak ingatkan setiap kali membuat pembayaran anda masih lagi perlu membayar dengan harga sebenar. Diskaun rebat tu akan dikreditkan dalam MyKad anda.

Apabila nilai diskaun rebat dah banyak dalam MyKad, anda boleh menggunakan nilai diskaun tu kembali untuk membeli barang atau perkhidmatan di kedai-kedai lain yang berdaftar dengan program ni. Senang cakap MyKad anda akan jadi seperti kad debit la.

" Tak perlu tunjukkan MyKad pun!"

Jika  keberatan nak keluarkan MyKad untuk tujuan urusniaga, anda hanya perlu sebutkan nombor MyKad sahaja. Pekedai  akan key in nombor MyKad anda ke dalam mesin EDC. Anda tetap akan mendapat diskaun rebat dan mata ganjaran.

"Eh, kat kedai mana boleh guna MyKad ni untuk berbelanja?"

Haaa... bagi yang nak tau kat kedai mana boleh berbelanja, sila baca panduan mengenainya dalam entry saya yang lalu. Sila klik di sini untuk membacanya.

"Camne nak aktifkan Mykad ni?"

Aktifkan MyKad anda secara PERCUMA di ---->  www.jimatbelanja.com

Selamat berjimat sambil berbelanja!

======================================================================

'RAHSIA MENJANA PENDAPATAN MENGGUNAKAN MYKAD  TERBONGKAR!"


Kini, anda berpeluang menjana pendapatan pasif hasil perbelanjaan rakyat Malaysia yang seramai 30.2 juta orang. Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut. Whatsapp/ We Chat/ SMS ke : 019-9111050 ( En. Zuhairy )

Bertindak segera sebelum peluang ini tertutup buat anda!

Monday, 6 July 2015

APLIKASI SMART PHONE BANTU BERJIMAT

Peningkatan kos sara hidup membuatkan ramai yang berkira untuk berbelanja. Setiap sen dikeluarkan pastinya akan difikir berkali agar ia membeli nilai yang setimpal. Desakan ini membuatkan ramai pengguna yang mencari jalan untuk berjimat sebanyak mungkin.

Menyedari hakikat ini, program penjimatan MyKad Smart Shopper telah melancarkan aplikasi telefon pintar ( smart phone ) yang dapat membantu pengguna berbelanja di kedai-kedai yang menawarkan diskaun rebet dan mata ganjaran.



Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi MSSP DISCOVER dari App Store atau Google PlayStore ke dalam telefon pintar. Sejurus selepas siap proses install, aplikasi tersebut akan menyenaraikan kedai-kedai berhampiran lokasi pengguna yang menawarkan diskaun sehingga 20% beserta mata ganjaran yang boleh ditebus dengan hadiah dalam bentuk barangan.


Tidak sekadar menyenaraikan kedai-kedai yang mengambil bahagian, aplikasi tersebut juga memaparkan alamat, no telefon beserta koordinat GPS bagi memudahkan pengguna ke kedai tersebut. Aplikasi yang mesra pengguna itu amat mudah diakses dengan susun atur ringkas yang memudahkan pengguna.

Untuk membolehkan pengguna menikmati keistimewaan rebat diskaun dan mata ganjaran, anda perlu mengaktifkan MyKad secara percuma agen atau dealer yang sah. Proses pengaktifan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Pengguna juga boleh mengaktifkan MyKad sendiri di laman web www.jimatbelanja.com

Jadilah pengguna bijak dengan mengaktifkan MyKad anda dan nikmati lebih nilai dari setiap wang yang dikeluarkan di kedai yang berdaftar hari ini!
======================================================================

'RAHSIA BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN MENGGUNAKAN MYKAD  TERBONGKAR!"


Kini, anda berpeluang menjana pendapatan pasif hasil perbelanjaan rakyat Malaysia yang seramai 30.2 juta orang. Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut. Whatsapp/ We Chat/ SMS ke : 019-9111050 ( En. Zuhairy )

Bertindak segera sebelum peluang ini tertutup buat anda.

Tuesday, 30 June 2015

ANDA DAN MYKAD

Berapa kegunaan Mykad yang anda tahu?

"JPN...Touch N Go... Meps.... Entah, tiga kot!"

Kali pertama bila diajukan soalan macam tu, mesti ramai akan jawab begitu. Bukan anda saja jawab macam tu. Saya juga seperti anda dulu.

Yelah, kita mana tahu sangat benda ni. Yang tau kalau nak isi borang apa-apa, mesti fotostat MyKad. Tak pun guna masa nak keluarkan duit kat bank. Errr....jarang sangat dah sekarang ni pergi kaunter withdraw duit. Mesti pergi mesin ATM.

Sebenarnya, MyKad kita ada 50 kegunaan!

"Mak ai, banyaknya!"

Ya, jangan terkejut. Kalau tak percaya, anda boleh rujuk dalam booklet MORE WITH MYKAD keluaran MDEC. Dalam tu disenaraikan ada 50 kegunaan MyKad. Dan ia menjadi hak rakyat Malaysia keseluruhannya.

Rugilah anda kalau tak tahu!


Friday, 26 June 2015

SALAM PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah, cita-cita saya untuk membina sebuah blog untuk mempromosikan kegunaan MyKad yang ke-50 tercapai. Diharapkan dengan terbinanya blog ini, ia boleh dijadikan rujukan dalam menyampaikan maklumat terkini tentang Program MyKad Smart Shopper ( MSSP ) kepada seluruh rakyat Malaysia.

Insyaallah, saya akan sentiasa update maklumat terkini berkenaan program ini. Akhir kata, salam perkenalan dari saya!